TERIMA & KASIH

Kapallorek Artspace | April 26, 2021 | ART EXHIBITION

Click image to preview

“Terima & Kasih” merupakan pameran two-men-show berskala kecil, diadakan khas untuk meraikan mahasiswa jurusan seni halus yang telah menjalani sesi latihan industri di Kapallorek Art Space. Kedua-dua mahasiswa dari UiTM Shah Alam, Faizal Wahab dan Izhar Yusrin, telah menimba pengalaman serta ilmu secara terus dari pengurus Kapallorek Art Space sendiri iaitu Fadly Sabran, yang juga merupakan seorang pengkarya.

Tajuk pameran “Terima & Kasih” adalah pertamanya sebagai ungkapan penghargaan “terima kasih” mahasiswa kepada pihak Kapallorek Art Space, khususnya Fadly Sabran, yang menyambut baik kedatangan mereka untuk meraih pengalaman serta pengetahuan untuk dijadikan bekalan ketika melangkah kedalam industri seni yang sebenar kelak. Istilah “kasih” itu juga berpaut dengan unsur kasih dan belas yang hadir dalam tema-tema karya yang telah dihasilkan oleh Faizal Wahab dan Izhar Yusrin. Unsur kasih terhadap haiwan telah dilorekkan dalam karya cetakan Faizal Wahab manakala Izhar Yusrin menghasilkan karya media baharu yang memancarkan kasih antara ayah dan anak.

Pameran ini diharapkan menjadi salah satu batu loncatan kepada mereka untuk terus berkarya serta melebarkan sayap sebagai seniman, lantas menjadi penerus karyawan negara dimasa akan datang.

Terima Kasih!