OPEN CALL
Artaidartist adalah sebuah platform media sosial untuk memperkenalkan dan memasarkan karya karya seni visual dalam beberapa siri pameran maya. Platform ini dibuat untuk membantu seniman seni visual yang terkesan dengan wabak pendemik covid 19 untuk dapat menghasilkan sumber pendapatan demi kelangsungan hidup disaat pelaksanaan PKP 3.0 yang masih berterusan.
Pada pameran ini 50 peratus daripada hasil jualan karya akan diserahkan kepada pengkarya manakala 50 peratus lagi akan dikumpulkan dan disumbangkan kepada pengkarya-pengkarya yang tidak berjaya menjual karya mereka. Agihan ini merupakan solidariti perihatin seniman terhadap rakan seniman yang terlibat dan dapat menggandakan lagi bantuan kepada lebih ramai penerima.
Artaidartist adalah pameran terbuka dan melibatkan semua seniman visual daripada seniman muda, meningkat naik sehinggalah seniman terkenal Malaysia. Mereka akan mempamerkan karya terbaik dengan nilai harga bermula dari Rm500 sehingga Rm5000. Harga mampu milik ini juga merupakan harga istimewa iaitu dibawah harga pasaran untuk membolehkan lebih ramai penggemar seni dapat membeli karya-karya ini.
Pameran atas talian ini berlaku dalam 3 fasa.
Fasa pertama akan bermula pada 1 Ogos,
fasa kedua pada 1 September dan
fasa ketiga pada 1 Oktober 2021.
Di Platform
Facebook : chetak 12
Instagram : chetak.12
Website : artaidartist.wixsite.com/artaidartist
Kepada seniman yang ingin terlibat sila hubungi pihak penganjur melalui email ataupun whatsapp.
Emielia : 012 373 6004
Elizabeth : 012 804 6004
Email : artaidartist@gmail.com
Artaidartist dianjurkan oleh
Chetak 12 &
HOM Art Trans,
PORT Ipoh,
RUsSEL,
Kapallorek Artspace,
ADA (Ara Damansara Artists),
Dasein Fine Art,
Titikmerah,
U12 Art Comunity,
Batu Belah Art Community.