Sound Art Exhibition+Interactive Art+Live Performance
SISI BUNYI by FENDI MAZALAN
Opening Exhibition
13 DEC 2018 / Thursday / 8.30 PM
Kapallorek Art Space
519,PSRN SIBC 22,
32610 Seri Iskandar,
Perak, Malaysia
Exhibition Period
13 Dec 2018 – 20 Jan 2019
******************************
ARTIST // FENDI MAZALAN
Fendi Mazalan merupakan seorang komposer muzik eksperimental yang sering menggunakan teknik serta alatan muzik tidak konvensional di dalam komposisi muziknya.Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Muzik dalam pengkhususan komposisi muzik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Pameran seni Lintas-Disiplin ini menggabungkan elemen – elemen audiovisual serta elemen elemen seni yang lain di dalam komposisi muzik experimentalnya.
‘Sisi Bunyi’ merupakan instalasi seni bunyi interaktif yang menggambarkan kehidupan serta situasi yang dihadapi oleh pengkarya muzik di Malaysia serta di serata dunia bagaimana pemuzik terinspirasi untuk berkarya, gaya kerja, kehidupan serta permasalahan yang dihadapi pemuzik dalam menempuh kehidupan.



