H3RO ZIARAH

Kapallorek Artspace | November 20, 2015 | PERFORMANCE ART

Click image to preview

KAPALLOREK

oleh Hasnul Jamal Saidon / Kebun Jiwa Halus

Tuesday, 8 December 2015

Sejak kebelakangan, saya jarang singgah ke mana-mana premis yang menjenamakan diri sebagai ruang seni, kecuali terpaksa atau panggilan gelombangnya kuat. Jika ruang tersebut menggetarkan gelombang atau frekuensi yang sama dengan getaran hati dan fikir saya, mungkin saya sampai.

Saya sampai ke Kapallorek artspace di Sri Iskandar, Perak pada 20 November lepas. Ia dekat dengan getaran keturunan saya, dengan getaran darah Perak. Kampung asal ayahanda dan bonda saya adalah Teluk Kepayang yang tak jauh dari Sri Iskandar. Saya pulang ke tanah tumpah gulai tempoyak. Ate kome le teman speaking.

Peneraju Kapallorek, saya difahamkan, ialah Fadly Sabran dan Cloude Nimbus (nama glamer), dibantu beberapa hulubalang mereka. Fadly mengajar di UiTM, Cloude Nimbus yang saya tahu, seorang ilustrator dan pereka grafik.

Saya dapat merasakan Kapallorek semakin menjadi ruang hinggap yang hip untuk komuniti seni visual di Sri Iskandar, terutama para pensyarah dan pelajar di UiTM. Sri Iskandar itu sendiri pun dah jadi bandar kolaj parodi pasca-moden yang disampuk globalukasi, tersepit antara bau tempoyak dengan cheese, antara ‘ape kabo mike’ dengan ‘what’s up dude’.

Berlatarkan sampok ‘globalukasi’ ini, Kapallorek telah dijadikan premis mempersembahkan hasil karya ‘globalumari’ yang bersifat meneroka, eksperimentasi, dan di luar kotak konvensi seni halus. Majoritinya dibekalkan oleh hasil kerja para pelajar yang mengikuti kelas ‘Time-based media’ Fadly Sabran di UiTM. Fadly sendiri, pada saya la, halal ditauliahkan sebagai otai ‘time-based media’ berdasarkan deretan karya yang pernah saya lihat di galeri dan intai di fb. Spesis yang buat kerja macam dia ni pun, tak ramai (jika banding dengan catan), mungkin ‘endangered’ di Malaysia. Karya-karya yang terpamer mengingatkan saya kepada UNIMAS, terutama hasil kerja para pelajarnya dalam kelas ‘Expanded Media’ dan ‘Electronic Art’.

Gitupun, majoriti karya-karya yang dipersembahkan masih mesra-galeri. Ok. Tak ada yang kurang ajor atau menongkah semiotika adab, istiadat dan ketatasusilaan ruang galeri. Ya la, itu semua mungkin sudah disebatikan (‘canonized’ dalam istilah orang pandai dan buat-buat pandai) dalam silibus sebagai saka turun-temurun. Tak payah cakap besor, saka ni ada dalam diri saya juga. Penurunan saka ini ada justifikasi praktikal, terutama untuk zaman KPIdunia kini. Ini amat difahami. Lagipun anak-anak yang menghasilkannya baru cuba bertatih keluar dari konvensi catan, lukisan, cetakan dan arca. Takkan nak suruh memecut macam Usain Bolt pulok ye. Yang bagusnya, Kapallorek dan kerja anak-anak ini dapat sokongan kuat dari para pensyarahnya yang lain, bukan Fadly dan Cloude Nimbus je. Saya amat percaya kepada kekuatan getaran ukhwah, apatah lagi jika ia menghadirkan kehebatan dalam merendah. Seni tak tu pun, adalah denai fardhu kifayah yang perlu digagah.

Topik perluasan media, eksperimentasi bahan, penerokaan pendekatan berkarya, semua ni dah jenuh saya layan sejak zaman belajar dulu. Tempiasnya ada pada pelbagai ‘output’, dari karya, ke penulisan, ke silibus dan kertas-kertas seminar. Malas dah nak mengulang lagi. Udoh le tu.

Mungkin pada masa akan datang, kita akan melihat karya-karya yang lebih mencabar konvensi ruang galeri, mentafsir-semula semiotika galeri, atau melimpah hingga ke ruang-ruang publik Sri Iskandar yang makin urban dan hip itu. Takpa, jika rasa nak jadi orang kampung, Teluk Kepayang dan dusun durian tak jauh.

Terima kasih kepada para peneraju Kapallorek kerana sudi mendengar tazkirah pendek saya tentang ruang. Tazkirah berdiri tersebut berkisar tentang getar fikir dan kekuatan getar rasa. Ruang dan masa fizikal adalah pancaran kepada ruang dan masa batin.

Saya tempiaskan sikit di sini.

Getaran atau frekuensi rasa ada tujuh tingkatan dari yang rendah dan bersifat kebinatangaan hingga yang tinggi bersifat malaikat. Pusatnya di hati. Pintunya niat.

Niat dan hati persis ‘remote control’ yang memilih getaran (saluran frekuensi atau stesyen gelombang) apakah yang akan dicerap oleh ‘antena’ yakni otak. Jika niat dan hati memilih ‘kasih-sayang’, maka stesyen gelombang yang dicerap, ditayang dan dialami itu adalah juga kasih-sayang.

Otak sebagai antena akan mencerap dan menggetarkan gelombang kasih-sayang dalam sekecil-kecil partikel hingga ke seluruh sistem saraf dan salurdarah. Getaran saluran itu kita ‘alami’ sebagai pengalaman berkasih-sayang, dari fikir, rasa hinggalah ke jasad. Jika ruang dan masa batin bergetar dengan kasih-sayang, ruang dan masa zahir juga menggetarkan gelombang yang sama. Bagaimana pula dengan ruang dan masa Kapallorek?

Oleh itu, bukalah pintu niat yang baik, pilihlah stesyen gelombang yang elok untuk dicerap dan dipancar oleh otak dan minda agar ruang dan masa kita bergetar dengan gelombang yang membawa kesejahteraan.

Sekian.

sumber

Jiwa Halus (Fine Heart)

http://hasnulsaidon.blogspot.my/2015_12_01_archive.html

PHOTOS