ATAS GARIS

Kapallorek Artspace | November 3, 2021 | ART EXHIBITION

Click image to preview

Kapallorek Art Space & Studio Tangsi

presents

ATAS GARIS // ON-LINE

An Intern Show VOL 2

3 – 25 Nov 2021

at Kapallorek Art Space, Seri Iskandar, Perak

_______________________________

ATAS GARIS

Atas Garis adalah sebuah pameran seni visual yang melibatkan 5 orang pelajar dari jurusan seni halus yang telah menjalani sesi latihan industri di Kapallorek Artspace dan Tangsi Studio. 4 orang dari mereka, Nurul Khadijah binti Bahtiar Zamili, Faez Aimanulhaqem bin Aris Fadilah, Abdul Raziq bin Tuah Shah Alam dan Muhammad Adham bin Wan Muhamad Kamal Baharin,  adalah pelajar dari UiTM Shah Alam; manakala, seorang daripadanya Nurul Hidayat bin Muhamad Nazri merupakan pelajar dari UiTM Seri Iskandar, Perak.  Pameran yang dijadualkan berlangsung pada 3 sehingga 25 November 2021 itu dibimbing oleh pengasas Kapallorek Artspace iaitu Fadly Sabran dan dibantu oleh Hilal Mazlan, seorang pengarca seni kinetik yang juga merupakan pemilik Tangsi Studio.

Pameran yang dinamakan “Atas Garis” ini cuba mengetengahkan konsep dalam talian di mana secara sederhana ia dapat dianggap sebagai semangat zaman masa kini yang menuntut semua lapisan masyarakat serta kebudayaan supaya dapat beradaptasi dengan perubahan teknologi informasi dan komunikasi di celah-celah kehidupan yang masih terus-menerus dibelenggu dengan fenomena Covid-19. Di sini, setiap dari aktiviti keseharian dalam kehidupan manusia; entah itu belajar, berbelanja, berhibur dan lain-lain lagi terpaksa dijalankan secara dalam talian. Bahkan, banyak istilah baharu muncul misalnya “work from home”, “online exhibition” dan lain sebagainya kerana semua kegiatan kehidupan sehari-hari dijalankan secara maya atau virtual.

Inilah konsep atau gagasan artistik yang mendasari pameran kelima-lima orang pelajar ini ketika kehidupan mereka banyak dipengaruhi oleh perubahan yang sedang terjadi sekarang. Menariknya, mereka menggunakan istilah ‘atas garis’ bagi menggantikan istilah ‘dalam talian’. Permainan kata bagi tajuk pameran ini pun bukanlah tanpa sebab. Bagi saya, ia dapat mengungkapkan segala bentuk kegelisahan, persoalan atau bahkan cabaran yang dihadapi oleh setiap seorang dari pelajar ini yang masih berada di dalam fasa pembentukan dan pencarian identiti sebagai seorang artis atau seniman. Sebagai sebahagian dari masyarakat, mereka tentunya memiliki pendapat, pandangan atau aspirasi masing-masing ketika berhadapan dengan cabaran zaman yang semakin hari semakin kompleks.

Kesemuanya itu (konsep / gagasan) dituangkan ke dalam pelbagai bentuk dan jenis karya seni yang menggunakan pelbagai medium dan teknik sesuai dengan citarasa dan kemampuan mereka. Tampak ada dua kecenderungan umum dari karya-karya mereka. Di satu sisi, para pelajar yang menjalani latihan praktikal di Studio Tangsi yang terkenal dengan kerja-kerja bengkel cenderung untuk menggunakan medium-medium industri seperti besi aluminium, resin dan lain-lain sebagai bahan pengantara. Sedangkan, di sisi lain, para pelajar yang menjalani latihan praktikal di Kapallorek Artspace cenderung untuk menggunakan media baharu dalam penghasilan karya mereka yang dimanifestasikan dalam karya-karya seni digital.

‘Emovere’ – Nurul Khadijah binti Bahtiar Zamili

Dalam karya artis, idea yang digunakan adalah berdasarkan dengan perbezaan warna yang digunakan seperti merah, biru, kuning, hijau, ungu, kelabu dan hitam. Teknik penyampaian yang digunakan oleh artis adalah berbeza dalam setiap warna. Selain itu, medium yang digunakan adalah berbentuk video instalasi yang dipaparkan di skrin televisyen, dapat mencetus emosi kepada seseorang individu yang melihatnya. Saiz adalah pelbagai dimensi kerana artis menggunakan ‘video art’ dalam penghasilan karya. Pada masa kini boleh dikatakan bahawa setiap individu mempunyai media sosial mereka untuk mengekspres perasaan seseorang dan juga memuat turun detik dan kenangan manis yang pernah dialami individu terbabit. Dalam hal ini, artis ingin mengetengahkan kegiatan ‘cyber bullying’ iaitu perasaan yang dialami oleh mangsa itu sendiri.

B.T.S. (Behind The Scene) dan Interview diruM bin rajA – Faez Aimanulhaqem bin Aris Fadilah

Dalam karya artis, B.T.S. (Behind The Scene) idea yang dipamerkan adalah pembelajaran secara maya dan atas talian iaitu terdapat simbol ‘microphone’ dan ‘camera’ seperti yang terdapat di dalam pembelajaran secara maya. Artis menggunakan media campuran dalam karyanya iaitu di atas sebuah kaca. Karya artis memfokuskan kepada isu ‘Malu’ yang dialami oleh sesetengah pelajar ketika PdPR dan memberi pendedahan kepada audiens bahawa perkara ini wajar diambil cakna untuk ibu bapa melatih anak-anak dalam berkomunikasi antara satu sama lain secara baik dan berhemah dalam pertuturan kata. Untuk karya kedua, Interview diruM bin rajA adalah sebuah ‘video art’ yang menggunakan idea yang sama seperti B.T.S. (Behind The Scene) tetapi di dalam bentuk sebuah video. Artis mempamerkan sosok figura lelaki tanpa muka dalam karyanya untuk menunjukkan perasaan malu yang dialami oleh pelajar terbabit.

Connected I dan Connected II – Abdul Raziq bin Tuah Shah Alam

Idea yang digunakan oleh artis adalah hubungan iaitu satu ikatan antara seseorang individu dengan individu yang lain sama ada secara bersemuka atau dalam talian.  Artis menggunakan medium besi keluli dan kayu dalam karyanya. Bentuk karya yang dipamerkan adalah seperti geometri yang berwarna merah dan kelabu. Artis memfokuskan kepada telefon pintar dapat menghubungkan kita tidak mengira di mana kita berada agar dapat berinteraksi antara satu dengan yang lain. Seperti yang kita tahu bahawa pada zaman sekarang, manusia dihubungkan melalui telefon pintar berbanding berjumpa secara nyata. Hal ini memudahkan masyarakat dalam kegiatan seharian mereka samada secara langsung mahupun tidak langsung.

Jambate Sebuoh Perhubunge 1 dan Jambate Sebuoh Perhubunge 2 – Muhammad Adham bin Wan Muhamad Kamal Baharin

Di dalam karya Jambate Sebuoh Perhubunge 1 dan Jambate Sebuoh Perhubunge 2, artis menggunakan idea seperti sekumpulan semut yang sedang bergerak menuju ke sesuatu tempat. Medium terbina adalah daripada besi dan fibre resin dan berbentuk semut yang bewarna merah dan hitam. Artis menjelaskan bahawa setiap manusia mempunyai hati dan perasaan di antara satu sama lain lantas membentuk satu perasaan kasih. Artis menggunakan semut sebagai penggerak dalam hubungan kerjasama antara seorang individu dengan yang lain. Bagi artis, semut mempunyai hubungan yang unik kerana seringkali kita lihat bahawa semut sentiasa bergerak dalam melakukan sesuatu perkara secara berkelompok atau secara beramai-ramai dan saling bekerjasama antara satu sama lain.

Social – Media dan Social – Media 2 – Nurul Hidayat bin Muhamad Nazri

Bagi karya artis Social – Media dan Social – Media 2, idea yang digunakan adalah telefon pintar. Telefon pintar adalah sesuatu yang penting dalam menghubungkan seseorang individu dengan individu yang lain dan menjadi perkara penting dalam kehidupan seharian. Medium yang digunakan adalah seperti linocut dan kertas dan untuk karya kedua adalah berbentuk ‘video art’. Di dalam karya tersebut memaparkan figura lelaki yang sedang bermain telefon pintar dan membuka aplikasi seperti Instagram dan Twitter tanpa batasan dan pemantauan.

Pameran ini diharapkan menjadi satu pembakar semangat kepada mereka untuk terus menghasilkan karya sebagai seorang artis / seniman lantas menjadi contoh kepada para pelajar lebih junior atau generasi di bawah mereka dimasa akan datang. Usaha dan keberanian mereka untuk mendepani cabaran menghasilkan karya di saat sibuk menjalani latihan industri yang merupakan antara subjek yang diambil bagi pada tahun akhir harus dipuji. Di sinilah segala pengalaman, ilmu pengetahuan serta potensi yang mereka miliki dan dapatkan sepanjang berada di Seri Iskandar dipersembahkan bukan dari kata-kata tetapi dieskpresikan ke dalam karya seni visual yang mereka ciptakan.

Selamat berpameran!

– Nisya Emily, 2 November 2021