ARTIST TRANSIT #8

Kapallorek Artspace | April 20, 2018 | ART RESIDENCY

Click image to preview

ARTIST TRANSIT #8
ARAFAT HAMBALI (Perlis, Malaysia)
18 – 20 APRIL 2018

Arafat Hambali atau nama sebenar Ahmad Soffi Bin Abdul Manah, dilahirkan pada 4 Julai 1989 di Kampung Balik Bukit Chuping Perlis. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Chuping seterusnya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin dan menyambung pelajarannya di Universiti Teknologi MARA dalam jurusan Seni Lukis Dan Seni Reka dan menamatkan pelajarannya di peringkat ijazah Universiti Institut Teknologi Mara dalam jurusan Seni Halus dalam pengkhususan seni arca.

Telah terlibat dalam dunia penulisan sejak tahun 2011. Tulisan-tulisan dalam pelbagai bentuk sama ada artikel, berita, ulasan, cerpen atau novel melalui pelbagai medium, sama ada bercetak atau elektronik boleh ditemui seperti di The Malaysian Insider (kini telah ditutup oleh pihak kerajaan), RoketKini, Malaysiakini, Selangorkini, Suara Keadilan, Amanah dan beberapa media di Indonesia seperti NusantaraNews dan Berdirikari Online.

Beliau juga telah menghasilkan beberapa buah buku sejak 2013 hingga kini seperti Puisi Jadi Senjata, Dia Ida, Trisula Kata Dari Daerah M, Kepak-kepak Malam Dari Sorga dan Sayap V. Antara pencapaiannya dalam dunia penulisan adalah seperti hadiah utama Hadiah Sastera Selangorkini 2015 dan menjadi salah seorang wakil pendeklamasi dari Malaysia sempena Puisi Asean 2016.