STAY ART HOME

Kapallorek Artspace | February 5, 2021 | VIDEO

SENI MEDIA DI MEDIA SOSIAL // TAYANGAN ATAS TALIAN

Kehadiran wabak pandemik Covid-19 tanpa diundang ini telah melanda dunia serta memberikan kesan terhadap kehidupan seharian. Gaya komunikasi berubah secara drastik daripada komunikasi secara bersemuka kepada komunikasi dalam talian yang dilihat sebagai norma baharu untuk meneruskan kelangsungan kegiatan harian manusia dalam suasana muram sedunia.

Hampir kesemua kegiatan dan kaedah telah berubah kepada dalam talian, tidak terkecuali juga industri seni dan kreativiti. Keadaan baru ini menjadikan seniman semakin akrab dengan layar atau skrin samada melalui komputer riba mahupun telefon pintar. Karya-karya seni yang biasa dilihat di ruang pamer fizikal telah dipindahkan ke dalam talian secara virtual agar audien tetap mampu menikmatinya walaupun pengalaman komunikasinya yang berbeza. Jadinya, layar skrin kini menjadi perantaraan yang penting dalam memahami sebuah realiti bagi seniman untuk mengeksplorasi medium digital serta mengekspresikan dorongan artistik pengkaryaan.

Mengimbas kembali sejarah Seni Media Baharu di Malaysia sejak lebih 20 tahun yang lalu, antara pelopor utama dalam gerakannya adalah Hasnul J Saidon dan Niranjan Rajah. Pameran Seni yang penting adalah seperti Pameran Seni Elektronik Pertama di Balai Seni Negara pada tahun 1997 dan E-Art Asean Online pada tahun 2000. Pada ketika itu lagi mereka telah membicarakan tentang gelombang dan era teknologi maklumat terhadap industry global yang berdasarkan ilmu. “Perubahan ekonomi dan teknologi yang berlatarbelakang ‘aturan dunia baru’ bakal melahirkan paradigm budaya dan sosial yang baru”.

Justeru, di era yang baharu kini dalam mendepani situasi semasa, Kapallorek Art Space membawa inisiatif baru menganjurkan dan mempamerkan seni media di pelantar sosial media seperti Instagram dan Facebook yang menjadi keghairahan semua lapisan masyarakat dalam bersosial. Menerima penyertaan hampir 80 karya video daripada seniman tempatan dan antarabangsa. Karya video dihasilkan adalah respons ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah di umumkan oleh kerajaan dimana tempoh ini semua rakyat diminta untuk duduk di rumah bagi memutuskan rantaian penyebaran wabak penyakit.

Bertemakan ‘Duduk Rumah’ dan setiap video berdurasi hanya satu minit, seniman telah membawa perspektif mereka tersendiri dalam menghasilkan karya, membolehkan sifat media baharu yang berani untuk memberi respons serta berfikiran kritis dan kreatif. Seniman telah berusaha untuk membuat karya-karya sinematik peribadi yang bukan naratif secara langsung atau dokumentari dengan cara mereka tersendiri. Kerja-kerja seni yang dihasilkan merangkumi pelbagai gaya personal home-video, estetika selari imej bergerak dan bunyi, bingkaian video animasi, video seni persembahan eksperimental dan sebagainya.

Akhir kata, terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dari A hingga Z projek seni Stay Art Home: One Minute Video ini. Seniman, penulis jemputan, krew produksi, serta sokongan dari semua pihak dalam proses pameran dan penerbitan katalog ini.

#Covid-19
#stayhomestaysafe
#kitajagakita
#videoartproject