{"id":1265,"date":"2018-04-01T21:55:34","date_gmt":"2018-04-01T13:55:34","guid":{"rendered":"http:\/\/kapallorek.com\/my\/index.php\/2018\/04\/01\/hayat-2\/"},"modified":"2021-08-02T20:45:17","modified_gmt":"2021-08-02T12:45:17","slug":"hayat-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.kapallorek.com\/my\/hayat-2\/","title":{"rendered":"HAYAT"},"content":{"rendered":"<p>&#8216;HAYAT&#8217; oleh ARAFAT HAMBALI<\/p>\n<p>19 April 2018<br \/>\nMula jam 8:30 Malam<span class=\"text_exposed_show\"><br \/>\n&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8211;<br \/>\nPembukaan Pameran<br \/>\nSeni Performans<br \/>\nSembang Seni<br \/>\n&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8211;<br \/>\nDi rasmikan oleh<br \/>\nY.B. PYANHABIB RAHMAN<br \/>\n&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8211;<br \/>\ndi Kapallorek Art Space<br \/>\nNo 519 PSRN SIBC 22<br \/>\n32610 Seri Iskandar<br \/>\nPerak, Malaysia<\/span><\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8211;<\/p>\n<p>HAYAT : MANIFESTASI SEBUAH CINTA<\/p>\n<p>Menurut Kamus Bahasa Melayu, melalui carian di PRPM.DBP, perkataan HAYAT bermaksud \u00a0<em>keadaan yang membezakan manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan daripada tanah, batu dan sebagainya; kehidupan; nyawa. selama ~ dikandung badan selama masih hidup; selagi hidup. menghayati mengalami dan merasai sesuatu dalam batin: Dia sedang ~ cerita yang dibacanya itu. sehayat selama masih hidup; selagi hidup<\/em>.<\/p>\n<p>Maka secara tidak langsung di sini, saya merujuk kepada dua konteks pada pameran yang bertajuk HAYAT ini. Pertama, ia bersifat alami. Iaitu HAYAT yang merujuk kepada kehidupan. Sebuah kehidupan adalah kesinambungan legasi demi legasi yang bermula dengan kelahiran.<\/p>\n<p>Sebuah legasi adalah hal yang penting bagi mewujudkan sebuah tamadun manusia yang baru, sama ada dalam kontek ortodok atau melahirkan masyarakat yang madani. Maka, di sinilah sebuah catatan bersifat harapan dimulai dan bentuk teks yang dipersembahkan melalui sajak.<\/p>\n<p>Jadi, bertitik tolak daripada sebuah kelahiranlah terinspirasinya karya-karya ini, yakni kelahiran anak sulung saya pada tanggal 20 JULAI 2017. Bermula dengan catatan-catatan berbentuk sajak dan ketikkan-ketikkan kamera tentang aktiviti seharian Hayat, saya menekuni masa dengan mengolah kembali perkataan demi perkataan.<\/p>\n<p>Secara keseluruhan karya ini adalah berbentuk teks yang saya kutip kembali dalam manuskrip sajak saya yang baru dan ia masih lagi dalam proses menyiapkannya. Manakala imej-imej visual yang saya rakamkan dalam bentuk gambar tentang perwatakan hariannya sengaja saya kepilkan bersama teks-teks tersebut sebagai salah satu subjek bersifat pasif.<\/p>\n<p>Bermain dengan bahasa huruf, persoalan-persoalan diksi atau <em>non tipycal verbal<\/em> haruslah ditekuni dengan cermat agar ia tidak terlalu berlebih-lebih yang mana akhirnya akan memerangkap penulis dalam gerak kerja karyanya.<\/p>\n<p>Berbalik kepada penceritaan teks, sajak-sajak seperti ;<\/p>\n<p>I )<\/p>\n<p>\u201cMenjadilah API<br \/>\nhangat dan membakar;<br \/>\nmengahapus kesombongan.<br \/>\nMerusuhlah keras<br \/>\nmenjadi agitator tegas\u201d<\/p>\n<p>Ii )<\/p>\n<p>\u201cTanah air ialah harga diri<br \/>\njalan-jalan bisu<br \/>\nbangunan kaku.<br \/>\nkita bersoal tentang siapa<br \/>\nyang ingin memulakan perlawanan ini.\u201d<\/p>\n<p>Iii )<\/p>\n<p>\u201cAku ingin menawan malam<br \/>\ndari menjajah rindumu<br \/>\nuntuk memerdekakan sebuah ketakutan<br \/>\nyang bakal merelakan keresahan di awal<br \/>\npagi besok.\u201d<\/p>\n<p>Beberapa sajak tersebut adalah sebahagian contoh teks yang saya kutip dalam manuskrip sajak yang saya sedang usahakan, ia sebuah gambaran perasaan seorang ayah kepada anak tentang sebuah harapan. Sama ada harapan-harapan tersebut menjadi angan atau impian atau juga kekecewaan, itu berbalik kepada persoalan takdir. Di mana menjadi seorang ayah, dirasakan wajar kita menyimpan sebuah hasrat kepada penyambung legasi kita. Agar ketamadunan yang bakal diwujudkan bukan sekadar sebuah tamadun yang kosong.<\/p>\n<p>Dalam konteks lain, saya melihat HAYAT ini adalah seputar hal yang berlalu sesuai dengan maksudnya; kehidupan. Jadi saya mengambil poin-poin tertentu yang berlalu seiring dengan pembesaran seorang Hayat, misalnya perihal politik.<\/p>\n<p>Melihat perjalanan seharian atau kehidupan individu itu sendiri adalah sebuah perjalanan politik. Kerana, politik adalah sebuah pengurusan. Kita menguruskan diri sejak celik mata yang pertama di awal pagi hingga tertutupnya mata di malam hari. Dan segala urusan adalah berbalik kepada sebuah tanggungjawab, bagaimana kita menguruskannya dan apakah kesannya.<\/p>\n<p>Maka, sesuai dengan konteks catatan saya. Saya cuba memesan kepada diri saya. Saya tidak menghasilkan sebuah seni tetapi menghidupkan sebuah sejarah di mana dengan mengambil beberapa peristiwa dan poin terbesar, seperti skandal kewangan terbesar dalam sejarah pembinaan sebuah tamadun bernama Malaysia.<\/p>\n<p>Jika kita melihat bagaimana seorang Nasir Jani dengan berani dan lantang mempersoalkan wang yang berjuta hilang dalam filemnya yang dilakonkan oleh saudara Pyanhabib dan M.Nasir, jadi kenapa tidak dalam penghasilan seni visual kita mempersoalnya kembali sama ada dalam bentuk secara langsung atau tidak langsung?<\/p>\n<p>PRAM seorang lagendaris Indonesia pernah berkata,\u201ddalam hidup kita, cuma satu yang kita punya, iaitu keberanian. Kalau tidak punya itu, lantas apa harga hidup kita ini?\u201d<\/p>\n<p>Dan menurut Khalil Gibran, hidup adalah kegelapan jika tanpa hasrat dan keinginan.\u00a0Dan semua hasrat -keinginan adalah buta, jika tidak disertai pengetahuan. Dan pengetahuan adalah hampa jika tidak diikuti pelajaran.\u00a0Dan setiap pelajaran akan sia-sia jika tidak disertai cinta.<\/p>\n<p>Moga kita sentiasa memeluk cinta seeratnya.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Arafat Hambali.<br \/>\nKampung Balik Bukit Chuping.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pameran, seni persembahan dan sembang seni oleh Arafat Hambali&#8230;>><\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":1835,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[21],"tags":[],"blocksy_meta":"","acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.kapallorek.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1265"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.kapallorek.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.kapallorek.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kapallorek.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kapallorek.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1265"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/www.kapallorek.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1265\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7161,"href":"https:\/\/www.kapallorek.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1265\/revisions\/7161"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kapallorek.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1835"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.kapallorek.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1265"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kapallorek.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1265"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kapallorek.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1265"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}