GERAK RUPA@IIAF21

Kapallorek Artspace | December 10, 2021 | ART PROJECT

Click image to preview

Gerak Rupa: Sebuah Pengenalan Kolektif Seni Media Baharu Asia Tenggara
Oleh Kapallorek Art Space
 
Perjalanan karier seniman bergerak dalam sebuah kumpulan bukanlah suatu perkara yang baru. Ia merupakan strategi dalam beraktiviti, berfikir, berdiskusi, malah menjadi tunjang kepada hala tuju sebagai satu kumpulan. Walhal ia sebenarnya lebih menyeronokkan. Dalam mendepani definisi kolektif, secara mudahnya kita boleh beranggapan kolektif adalah kerjasama secara berkumpulan demi mencapai tujuan bersama. Satu usaha untuk memastikan kolektif masih releven dan berperanan dalam konteks semasa, pameran Gerak Rupa yang menampilkan tiga kolektif seni kontemporari sebagai satu acara dalam wacana media baharu akan berlangsung tidak lama lagi. Pameran ini bakal menampilkan gabungan karya dari tiga kolektif asia tenggara iaitu Tumbuktikus (Malaysia), Kutub Tiga (Indonesia) dan Offshoot (Filipina) dibawah kelolaan Kapallorek Art Space.
 
Pameran Gerak Rupa menampilkan karya-karya dari tiga kolektif ini secara langsung dalam merespon lingkungan idea mereka secara individu. Namun begitu ia bergabung di bawah satu payung kreativiti yang memanfaatkan penggunaan teknologi komputer sebagai perantaraan  praktikal yang artistik.
 
Gerak Rupa merupakan satu usaha dalam mengangkat seni media baik dari seni video, animasi, filem, musik mahupun seni interaktif. Ianya sebagai satu wadah dalam bahasa visual bagi anak muda yang lebih gemar untuk bereksperimentasi secara bebas. Tiga kolektif ini sebenarnya dianggotai oleh seniman visual yang bergiat aktif dalam pelbagai pameran baik di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.
 
Tumbuktikus (Malaysia) merupakan kolektif yang berasaskan platform seni digital yang mucul dikala dunia berdepan dengan pendemik Covid-19. Pada asalnya Tumbuktikus mewujudkan ruang pameran maya yang telah menampilkan seniman dari Malaysia dan Indonesia dengan menyokong seniman untuk menghasilkan karya virtual sebagai satu platform baru dalam berpameran. Secara tidak langsung mereka tidak terkecuali untuk turut mengambil peluang sebagai sebuah kolektif dengan keunikannya yang tersendiri.
 
Shahrul Hisham Tarmizi
Haris Abadi
Fadly Sabran
 
Kutub Tiga (Indonesia) merupakan kolektif yang tidak asing lagi dalam memainkan peranannya sebagai sebuah kumpulan yang banyak bereksplorasi dengan seni video dan filem. Bergerak aktif sejak 2019, kutub tiga lebih cenderung untuk bereksperimen perihal-perihal estetika seni, bahasa visual yang berasaskan pergerakan dalam penghasilan karya -karya mereka.
 
Banung Grahita
Erik Pauhrizi
 
Offshoot (Filipina) ialah kolektif artis bebas yang berpangkalan di Calabarzon, Filipina yang bertujuan untuk memupuk projek seni kolaboratif merentas medium yang berbeza, termasuk video, GIF, pemasangan, fotografi dan bunyi. Inisiatif cabang pameran Project Space Pilipinas 2021, “The Year of Magical Thinking” kumpulan itu muncul sebagai tindak balas kepada keperluan seseorang untuk mencari komuniti pada ketika penjarakan fizikal dan pengasingan yang disebabkan oleh wabak Covid-19, ia telah mendorong mereka untuk memikirkan semula cara pembuatan seni yang terikat oleh rasa kepunyaan dan perhubungan. Ia juga berusaha untuk menghasilkan karya yang menyiasat pelbagai bentuk negasionisme sejarah yang meresap dalam budaya dan membentuk imaginasi kolektif dan politik semasa.
 
Paulo Alexis Catolos
Raymund Amonoy
Jomar Galutera
Ana Fajardo
 
Gabungan tiga kolektif ini merupakan apresiasi seni yang membawa karya seniman menjelajah dalam mengangkat tema ‘serumpun’ sebagai satu bentuk harapan, impian, diskusi dan kritik dalam berbagai teknik serta olahan idea. Ianyanya bertujuan membuka peluang-peluang baru dalam integrasi digital dan alam maya, sudah tentulah kolaborasi sebegini dilihat sebagai sebuah akses kebudayaan dalam pengamatan lokalisasi mahupun transaksi, sekali gus membawa tema budaya dalam batas-batas tradisi yang lebih urban dan bergaya!
 
Semoga usaha-usaha dari pameran Gerak Rupa ini mengusung budi-budi yang berpanjangan dalam mendepani cabaran globalisasi seiring dengan perkembangan teknologi dan kehidupan manusia segajat. Selamat berpameran!