ORAKRUANG

Kapallorek Artspace | October 1, 2015 | ART EXHIBITION

Click image to preview

SENI BERVISI NADI KAPALLOREK ART SPACE

Kapallorek Art Space diterajui oleh lima orang anak muda iaitu Asyraf Abdul Rahaman, Mohd Nafis Saad, Muhammad bin Abdullah, Firdaus Hassan Basri dan nakhodanya Fadly Sabran. Tercetusnya idea untuk menzahirkan sebuah ruang seni (art space) adalah hasil dari kesepakatan antara mereka untuk menaiktaraf ruang studio mereka dari hanya suatu ruang untuk berkarya kepada suatu ruang yang dapat memberi manfaat untuk masyarakat, para pelajar dan golongan peminat seni visual. Ini pula disemarakkan lagi dengan bantuan nasihat pakar seniman senior yang telah membantu Kapallorek Art Space untuk membina visi dan strategi mereka dengan begitu kemas sekali.

Sebagai pensyarah dan kini rakan sekerja kepada mereka berlima, saya rasa amat bangga dan gembira ilmu yang dicurahkan telah dimanfaatkan bukan sahaja untuk sudut pengajaran malah telah diperkembangkan ketahap yang lebih praktikal dan sangat bervisi. Pengaturcaraan program yang telah dirancang adalah secara umumnya diadakan untuk penglibatan komuniti setempat terutamanya di daerah Perak Tengah dan ada juga program dikhaskan bagi penglibatan untuk umum dan antarabangsa. Tujuan mereka yang murni itu agar dapat melahirkan lebih ramai insan yang celik seni dan menzahirkan kreativiti setiap individu tersebut yang terlibat dalam program-program yang dianjurkan.

Komuniti dan persekitarannya adalah nadi kesenian. Setiap unsur kesenian yang terhasil dalam kehidupan masyarakat berpunca dari interaksi dan pengamatan seseorang individu terhadap tentang kemampuan manusia dalam mencipta.Dorongan suasana dan kreativiti yang diasah itulah yang akan menimbulkan dalam diri seseorang apa yang dinamakan sebagai bakat. Bakat yang ada inilah sebabnya tujuan Kapallorek Art Space diwujudkan. Program – program yang mereka telah anjurkan dan akan dianjurkan diharap dapat memupuk semangat kesenian dan mengembangkan lagi bakat bagi setiap para pengiat seni yang terdiri dari pelbagai peringkat umur dan bangsa serta memperolehi ilmu pengetahuan dari aktiviti yang diadakan.

Antara aktiviti dan program yang telah dilaksanakan Kapallorek Art Space: Light and Motion Putrajaya Light Festival, Orakruang (pameran), Xpose-Experimental Art (pameran), Obscura-New Art New Light (pameran). Contoh pameran yang dinyatakan adalah bersifat eksperimental dan berpaksikan kepada unsur- unsur genre new media iaitu gabungan antara media massa, elektronik dan digital. Pendedahan yang diberikan agar audien boleh melihat dan menghayati bagaimana teknologi berperanan dalam membina ruang lingkup baru dalam kreativiti kesenian dalam usaha membudayakan keunikan media digital dalam kesenian kontemporari dan kehidupan.

Bukan sekadar pameran, kumpulan ini juga telah menganjurkan beberapa progam yang berunsur dialog seni, projek- projek komuniti seperti mural untuk masyarakat dan program interaksi seni iaitu aktiviti kemasyarakatan yang dikendalikan oleh seniman jemputan. Antara programnya; dialog seni oleh Veronika Neukrich, Astrid Koppe dan Eddie Choo Wen Yi, program Hero Ziarah yang berunsur performans dan tayangan video oleh Hasnul Jamal Saidon, dialog yang berunsur kuratorial oleh Mimie Baharuddin dan Badrolhisham M. Tahir.

Mural yang telah dihasilkan bersama sukarelawan seperti para pelajar dan komuniti iaitu program Art Mural Tadika Islam Ipoh dan Concept Cafe ‘Kampung’ di Kuala Kangsar. Membudayakan seni adalah penting untuk bagi mendekati masyarakat setempat dan umum. Peranan seni sebagaimana yang dilihat oleh kumpulan ini adalah amat penting terutama dalam usaha untuk libatsama komuniti, para pelajar dari pelbagai bidang dan para pengiat seni agar kesemuanya dapat bekerjasama untuk menyemarakkan lagi aktiviti kesenian ditanahair tercinta ini. Budaya dipengaruhi oleh perubahan masa dan keadaan. Bagi melestarikan budaya kesenian dan unsur tempatan dari pelbagai bangsa perlu ada tindakan yang sesuai dan komitmen yang jitu bagi memastikan jati diri agama dan bangsa sentiasa terpelihara dan ideologi seni berkembang bersesuaian menurut peredaran zaman.

Menurut Ibnu Khaldun menyatakan budaya dan semua manifestasinya adalah dalam keadaan yang sentiasa berubah-ubah. Beliau menerima usul ini sebagai jelas, yang boleh dilihat dengan penglihatan terus dan tidak memerlukan bukti. Akan tetapi seperti perkara lain yang datang dan pergi, budaya tidak berubah dengan sembarangan, tetapi terus berubah dalam satu arah tertentu; kerana, seperti apa yang dikatakan oleh Aristotle, alam semula jadi bergerak daripada apa yang tidak ada pemula, daripada apa yang tiada penghujung dan daripada yang tidak sempurna, dan sentiasa mencari penghujung. Dalam keseluruhan arah yang membawa kepada penghujung ini, budaya mengalami perubahan dari beberapa segi, dan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis: (a) Apabila budaya dilahirkan dan dimusnahkan, dan (b) Apabila budaya terus wujud tetapi kandungan dan sifatnya berubah.

Satu lagi unsur penting dalam misi dan visi Kapallorek Art Space iaitu pembelajaran secara terus iaitu melalui pengalaman dan rangsangan minda kreatif. Objektif ini sangat menarik dimana setiap peserta dan peminat seni dapat mempertajamkan lagi penghayatan visual melalui penerapan unsur sensitviti terhadap persekitaran dan objek sekeliling. Pembelajaran sedemikian yang hanya berlaku diluar kelas dan amat penting kerana ianya perlu bagi kita semua sebagai insan sebagai sebuah kesedaran untuk memelihara keseimbangan alam sekitar dan menghormati ciptaan ilahi. Sepertimana yang dinyatakan oleh Alvin Toffler dalam bukunya Learning For Tomorrow menyatakan : In creative thinking, the stress is on the discipline of surrender. Subjects and objects are thus interchangeable at crucial points of mutual understandings. “By striking a balance of possessing and being possessed, between subject and environment, the individual ego, i.e., the subject, can learn to “listen” to the object. The more we are capable of so doing, the more we may learn to listen to people from different cultures….”

Akhir kata saya memetik kata-kata Dr Nell Eurich seorang sarjana barat yang tersohor: “Educators must build “empathy across time”, this process must face tomorrow as well as yesterday. We must attempt not merely to re-create the past, but to shape the future. By examining the utopian dreams of our ancestors, by encouraging the free play of imagination, by recognizing the contemporary arts as possible pointers toward the future, the humanities can once make a significant difference.”

Izaddin Matarahah

UiTM Perak

2016

NEXT

Search in Kapallorek